Isnin, 14 Februari 2011

...Teman Sejati...

WARKAH PERTAMA DAN TERAKHIR

          Misya memerhatikan rakan sekolahnya yang tidak membuang peluang waktu rehat itu.Ada yang ke kantin sekolah malah tidak kurang juga yang ber’dating’.
“Hai,boleh saya duduk?” Kedengaran satu suara menyapanya.Misya mendongak.Terlihat olehnya seorang gadis bertudung tersenyum manis memandang.Misya membalas senyuman itu dan mengangguk.
“Sudah beberapa hari saya berada di sekolah ini dan setiap hari juga saya melihat awak duduk bersendirian di bawah pokok ini pada waktu rehat.Awak tak makan ke?”gadis itu memulakan bicara.
“Saya suka bersendirian di sini sambil memerhatikan kawan-kawan yang lain.Tenang.”Jawab Misya sambil tidak lekang bibirnya mengukir senyuman buat si teman baru
“Oh,begitu.Eh,lupa nak perkenalkan diri.Saya Syakirah Aina.Panggil Aina sahaja.Awak?”Aina menghulur salam perkenalan.
“Misya.Nurul Misya.”Ujar Misya lalu menyambut huluran tangan Aina.
                
                      *           *          *          *          *          *          *          *          *          *
          Sejak hari itu,persahabatan antara Misya dan Aina terjalin rapat.Mereka berdua sudah bolehdikatakan sebagai belangkas.Di mana ada Aina,di situlah Misya turut berada.Suatu hari,seperti biasa,mereka berdua duduk di bawah pokok sambil makan bekalan yang dibawa oleh Aina dari rumah.
“Aina,sebenarnya saya ada sesuatu yang ingin saya beritahu kepada awak.Saya tidak mahu awak mengetahuinya daripada orang lain kerana awak sahabat baik dan teman sejati yang saya cari selama ini.”Misya berkata sambil memegang tangan Aina.
“Ada apa?Macam penting je.”Aina bersuara.
“Sebenarnya,saya menghidapi penyakit jantung.Saya memerlukan penderma dalam tempoh terdekat ini.Saya takut nanti saya tidak berkesempatan untuk meminta maaf daripada awak atas segala kesalahan saya terhadap awak.Maafkan saya ya sebab merahsiakannya daripada awak selama kita berkawan.”Ujar Misya.Aina sedaya upaya menyembunyikan riak terkejutnya lalu tersenyum.Dia memegang tangan sahabatnya itu.Terasa ada airmata yang ingin keluar dari kelopaknya namu secepat mungkin dia menyekanya.Dia menggeleng.
“Misya,saya maafkan awak walau tiada sedikitpun awan menggores hati saya selam kita berkawan.Saya juga berharap awak akan mendapat penderma itu secepatnya ya.Awak bertahanlah.Saya tidak mahu kehilangan sahabat sebaik awak.”Aina berkata perlahan.Lantas keduanya berpelukan.
          Seminggu kemudian,Misya mmberitahu Aina bahawa dia telah dimaklumkan oleh doktor peribadinya bahawa dia telah mendapat seorang penderma jantung yang sesuai dan pembedahan itu akan dilakukan dalam masa dua minggu akan datang.
“Syukurlah Misya.Saya berjanji akan sentiasa berada di sisi awak sepanjang pembedahan itu dilakukan.”Ujar Aina.
“Tapi,….”
“Kenapa pulak?”Aina bertanya.
“Penderma itu….Dia ingin merahsiakan identitinya.Saya sebenarnya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menderma jantungnya kepada saya.Menurut doktor peribadi saya,dia berusia sebaya dengan saya.Apabila saya bertanyakan namanya,Doktor saya tu beritahu bahawa penderma saya itu tidak mahu diketahui.Kenapa ya?”Tanya Misya sendiri.Aina tersenyum.
“Misya,tak kiralah siapapun penderma itu,yang penting awak kembali sihat dan kita boleh berkawan seperti sediakala.Okay?”Pujuk Aina.
“Tapi,…
“Sudahlah.Tak ada tapi tapi lagi ya.Sekarang,jom kita makan.Tengok,apa yang saya bawa hari ni.”Aina memujuk rakannya itu dan cuba untuk mengalih perhatian Misya.
“Wow,karipap!Bestlah awak.”Lantas persoalan tentang penderma terus lenyap di minda mereka.
      
              *          *          *         *          *          *          *          *          *          *

          Masa yang ditunggu akhirnya tiba.Setelah bertarung selama 10 jam,Misya akhirnya dapat menjalani pembedahan pemindahan jantung itu.
“Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?”Puan Halimah bertanya kepada doktor muda yang bernama Syahrul Aiman itu.
“Alhamdulillah,puan.Misya berada dalam keadaan stabil sekarang.Cuma,dia masih dalam pemerhatian kami kerana kami takut akan berlaku sebarang komplikasi terhadap jantungnya.Lepas ini,saya akan memindahkannya ke wad biasa.”Ujar Doktor Syahrul.
“Bila kami boleh melawatnya doktor?”Tanya Puan Halimah lagi.
“InsyaAllah,esok puan sekeluarga boleh melawatnya.Cuma buat masa sekarang saya berharap agar hanya puan dan suami sahaja yang melawatnya kerana saya ridak mahu Misya berasa terganggu.”Jawabnya lagi.
“Puan,kalau tidak ada apa-apa lagi,saya pergi dahulu ya.”Kata Doktor Syahrul semula.
“Err…..Doktor.”Syahrul Aiman menoleh.
“Ya,kenapa puan?”
“Macam mana keadaan adik doktor?”Tanya Puan Halimah ragu.Syahrul Aiman tersenyum menyembunyikan riak sedihnya.
“InsyaAllah,petang ni kami akan uruskan pengebumiannya.”
“Doktor,sebagai tanda terima kasih,kami sekeluarga ingin meminta izin doktor untuk menanggung segala perbelanjaan kenduri arwah.Saya berharap sangat doktor.”Ujar Puan Halimah lagi.
“Kalau Puan sekeluarga tidak keberatanlah.Tapi,ada baiknya saya berbincang dahulu denga keluarga saya.”Jawab Syahrul Aiman .
“Doktor,kalau boleh,izinkan saya melihat wajah arwah buat kali terakhir.”
“Ya.silakan.”

                   *          *          *          *         *          *          *          *          *          *

          “Assalamualaikum Misya.Misya apa khabar hari ini?”Tanya Syahrul Aiman keesokan harinya.
“Waalaikumussalam doktor.Alhamdulillah,Misya sudah semakin sihat sekarang.”Jawab Misya.
“Misya,ni saya diamanahkan oleh penderma Misya untuk memberikan surat ini kepada Misya.Misya bacalah ya.”Ujar Syahrul Aiman setelah suasana bisu menyelubungi seketika.
“Doktor,Misya nak tanya sikit boleh?”Syahrul Aiman mengangguk.
“Sewaktu pembedahan hari tu,ada tak kawan Misya,Aina di samping Misya sepanjang pembedahan?”Syahrul Aiman mengangguk lagi.
“Ya.Aina sentiasa di samping Misya sepanjang pembedahan hari tu.Bukankah Aina sudah berjanji?Janji tidak boleh dimungkiri.Munafik.”Jawab Syahrul Aiman.
“Tapi,di mana Aina sekarang?”Tanya Misya lagi.Perasaan ingin tahu membuak-buak di sanubarinya.
“Misya,Doktor ada kerja tu.”Tegur Puan Halimah.
“Tapi ma…”
“Misya,Aina dah pergi.Lebih baik Misya baca surat tu supaya Misya lebih memahaminya.”Ujar Syahrul Aiman.
‘Apa pulak kaitan surat penderma ni dengan Aina?’tanya Misya sendiri namun persoalan itu terjawab sebaik sahaja sekeping gambar Aina terjatuh dari sampul itu.Tanpa membuang masa,Misya terus membuka surat itu dan membacanya.Airmatanya berjuraian sebaik selesai membacanya.
“Ibu,Misya bunuh kawan baik Misya sendiri bu.Misya kejam!!Misya pembunuh!”Esak tangis Misya memenuhi ruang bilik yang luas itu.Nasib baiklah Misya ditempatkan di wad khas.Kalau todak,sudah pasti Misya akan menjadi bahan tontonan para pesakit yang lain.
“Shhh….Misya,jangan cakap macam tu nak.Misya bukan pembunuh.udah tersurat bahawa Aina akan meninggalkan kita dengan menjadi penderma kepada Misya.Jangan tangisi yang sudah pergi nak.Tak baik.”Puan Halimah memujuk.Airmatanya turut menitis melihat anaknya yang menyesali perbuatan dirinya yang tidak mengambil tahu tentang pendermanya itu.Tiba-tiba.Misya terkulai dalam pelukan erat Puan Halimah!
“Misya,jangan tinggalkan ibu sayang.”Puan Halimah pantas menekan butang merah di sisi katil meminta bantuan.

                 *          *          *          *          *          *          *          *          *          *

Setahun kemudian,Misya sudah dapat menerima kehilangan rakan baiknya itu perlahan-lahan dengan bantuan keluarganya dan keluarga Aina.Kini,keluarga Aina sudah dianggap seperti keluarganya jua.Kini,di perkuburan Aina yang dibersihkannya tadi,Misya membuka semula surat yang acaplaki dibacanya tiap kali dia ke sana.
Assalamualaikum,Misya…
          Pertama sekali,Aina ingin mengucapkan terima kasih kepada Misya kera sudi berkawan dengan Aina.Aina tahu,Aina tidak sempurna.Tapi,Misya tetap sudi berkawan dengan Aina.Terima kasih sekali lagi.
          Keduanya,Aina ingin mengucapkan tahniah kepada Misya kerana Misya selamat menjalani pembedahan pemindahan jantung tu.Aina bersyukur sangat kerana walaupu Aina sudah tiada di dunia ini,namun Aina masih boleh bernafas di hati Misya kan…
          Ketiga,Aina rasa perkara ini Misya sudah tahu bukan??Ainalah penderma misteri itu.Aina bverharap agar Misya jagalah jantung ini dengan baik ya.Sebagai tanda persahabatan kita yang utuh dan tidak akan pernah terputus walau kita tidak bersama lagi.Aina meminta maaf kerana Aina merahsiakan identiti Aina sebagai penderma kepada Aina.Sungguh,Aina sayangkan nyawa Aina tetapi Aina juga sayangkan Misya kerana Misya teman Aina hingga akhir nafas Aina.Disebabkan sayang Aina terhadap Misyalah Aina mengambil keputusan untuk menderma jantung ini kepada Misya.Misya,Allah S.W.T. berfirman dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan keberkatan (yang sempurna ) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.Dan sesuatu apa juga yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah S.W.T. Mengetahuinya.”
          Aina manjadikannya sebagai panduan hidup Aina.Aina juga berharap agar Misya menjadikannya sebagai panduan hidup Misya ya.Ya,Aina anat sayangkan hidup ini kerana hidup hanya sekali.Tetapi,Aina lebih menyayangi dirimu sahabat.
          Misya,sebenarnya setahun yang lalu,Aina telah mengalami kemalangan dan sebelah buah pinggang Aina terpaksa dibuang.Tidak lama kemudian,Doktor mengesahkan bahawa buah pinggang Aina yang sebelah lagi bermasalah.Aina cuma mampu bertahan dalam tempoh setahun saja lagi.Apabila abang Aina.Syahrul Aiman,Misya kenal bukan?Apabila dia memberitahu bahawa Misya adalah pesakitnya yang memerlukan pemderma secepat mungkin,Aina terus mengambil keputusan untuk mendermaka jantung Aina kepada Misya.Aina berharap agar Misya menerimanya seadanya ya.
          Misya,sebelum Aina menyudahkan bicara Aina di atas warkah Aina yang pertama dan yang terakhir ini,Aina ingin memberikan sebuah lagu khas buat Misya agar Misya sentiasa ingat akan persahabatna kita.Di sini juga Aina sertakan gambar-gambar Aina dari Aina kecil hinggalah Aina dimasukkan ke dalam liang lahad.Sememangnya,Aina meminta Abang Syahrul untuk mengambik gambar-gambar Aina untuk Misya sebagai kenangan kita sehingga Aina dimasukkan ke liang lahad.Sekian,Wassalam.

Teman Sejati…Misya
Selama Ini
Kumencri-cari
Teman Yang Sejati
Buat Menemani
Perjuangan Suci
 
Bersyukur Kini
Padamu Illahi
Teman Yang Dicari
Selama Ini
Telah Kutemui
 
Dengannya Di Sisi
Perjuangan Ini
Senang Diharungi
Bertambah Murni
Kasih Illahi
Kepadamu Allah
Kupanjatkan Doa
Agar Berkekalan
Kasih Sayang Kita
 
Kepadamu Teman
ku Pohon Sokongan
Pengorbanan dan Pengertian
Telah Kuungkapkan
Segala-galanya
 
Kepadamu Allah
Kupohon Restu
Agar Kita Kekal Bersatu
Kepadamu Teman
Teruskan Perjuangan
Pengorbanan dan Kesetiaan
Telah Kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah Tandanya
Kejujuran Kita

P/s: Misya,…
        Walau bumi terbelah dua,
        Walau matahari berkecai sudah,
        Walau bulan retak beribu,
        Namun,persahabatan antara kita berdua tetap uruh selamanya…

                                                                                                                                  
                                                                                                Teman sejatimu:
                                                                                                                               Aina Syakirah


Sabtu, 12 Februari 2011

...Kenali Diri Saya...

Assalamualaikum,....
Haaa,...ada tengok tak gmbar kat atas tu??Itulah gmbar fmly sya,...kecik jer kan,...Skrang ni,saya nak kenalkan fmly saya sorang2 k,...
     Satu-satunya lelaki yg ada kat dlm gmbar tu ayah sya,...Hehehe,...Nama dia AHMAD BIN ABANG NEN...Umurnya....xleh bgitaulah,...Ayah sya ni bagi syalah,ayah yg pling sporting kat dunia ni,...Sebabnya,....ntah,...Tpi,dia mmg baik,...Kalau dia mengajar kt sklah,dia sedaya upaya akan mengikut rentak para pelajarnya tau,...Kalau kat rmh pn sama,...Tapi,xsmstinya sikap dia camtu saya terus nak pijak kpla dia,...Takkkk,...Tpi,bestlah punya ayah mcm dia,...Walaupun biasa-biasa saja orgnya,tp ntah bgi saya dia adalah ayah yg terbaik...Mgkin pndpat seorg anak kut,...
     Yang wanita pakai baju sama dgn ayah saya tu emak saya,...Namanya DAYANG ROSNI BINTI AWANG CHEE,...Keturunan Dayang tu,...Mak sya pun cikgu jugak,...Tp,dia mngjar prasekolah,...Mak sya ni mmg baik,...Yalah,pndpat seorg anak sering mngatakan emaknya yg terbaik,...Kdg2 mak seorg yang garang sebab bermula dr saya jugaklah,..Hehehe,...Nakal sangat,...Selalu sgt nak degil2 dgn dia,...Tpi,segarang-garang mak saya,dia ttp syg saya,...Kan mak???Hehehe,...Ibu manalah yg tak sygkan anak kan...
          Perempuan yg pakai selendang kat sebelah emak saya tu,...NUR ATIQAH BINTI AHMAD...Dialah satu2nya kakak yg sya ada tau...Saya ni tak ada kakak yg lain,...Dia ni pljar akaun kat UiTM...Kalau nak taulah,...Yalah,kut-kut yg bca ni kwan dia ker,...Hehe,...Kakak ni mcm ayah sya,...Sikapnyalah,...Lucu,tpi penakut,...Hehehe,...Kdg2 jer,...Ntah la...Kakak sya ni mcm adik sya ada jugak,...Ya laaa...Kalau tengok labah2 pun panggil sya suruh bunuh,...Eish,..mana boleh bunuh tu,...Biasanya sya tak bunuh,...Sya halau jer lelabah tu,...Yalah,...Lelabah kan haiwan yang tolong Nabi Muhammad waktu Baginda dalam kesusahan,...Sebab tulah sya tak nak bunuh lelabah tu,...Melainka lelabah yang berbulu,...Tu yg sya tak suka tu,...Takut sgt tengok lelabah tu,...Eh,beralih pulak pd kakak sya,dia ni dah punya cowok,...(psst,...xbleh bgitau org lain tau,...)Sya bgitau ni sebab xkasi lelaki2 di luar sna nak usha dia lah,...Hehehe,...
      Sekarang ni,giliran sya pulak,...Budak perempuan yang kat sebelah ayah saya tu adalah saya,...NURNAJWA EZZATI BINTI AHMAD...Hehehe,..Knp erk nama sya lebih panjang berbanding kkak sya???Entah,...Mak saya bgitau,sbnrnya nama sya NUR FAEZAH...Ayah sya yg kasi nama tu,...Tpi,entah knp waktu nak bagi nama kat sya,mak saya terlupa nama tu,...Sebab tulah nama saya camtu,...Hehehe,...Eh,okaylah,...Nanti sya crita lagi erk???Crita ttg yg lain pulak,...Erk??Okay,babai,...
IMAN TAK DAPAT DIWARISI,
IMAN TAK DAPAT DIJUAL BELI,
JADI,...
MANTAPKAN IMAN ANDA!!!
Assalamualaikum,...

Jumaat, 11 Februari 2011

...Welcome To My Life...

Assalamualaikum,...
Saya hadir lagi utk mengisi blog ini,...Sbnrnya tak tau nak ckp apa,...Tapi,sya tulis jugak,...Saya ni budak kampung jer,...Nama kpg tu tak pyh bgitau lah yer,...Sya buat blog ni saja jer utk suka2,...Walhal sya ni tak tau nak tulis apa kat dlm blog ni,...Tapi,buat jugak,...Pelik kan??Hehe,...Sya ni nak tulis cerita kat dlm blog ni,...Tak tau lah korang nak bca ataupun tidak,..Tapi,sya nak tulis jugak,..Tapi,nanti2lah yer,..Skrg ni saya takde masa,...Bila nak tulis tu tunggu lah,..Kalau saya ada updates blog ni,saya tulislah yer,..Tapi,kalau crita sya nanti tak bgus,sorylah yer,...Okaylah,itu saja nak bgitau ni..Hehe,...
Sblm saya mengundur diri untk kali ini,saya nak pesan,...
Solat jangan tinggal sebab solat tiang agama,...Lagi satu,...Masa kita dihisab nanti,Allah akan tengok solat kita dulu,...Kalau solat kita sempurna,maka semua amalan kita di dunia akan sempurna,...Jadi,saya harap,korang fahamlah yer,...Wassalam,...

Selasa, 8 Februari 2011

Aku Budak Baru...

Assalamualaikum,...
Buah cempedak d luar pgr,
Ambl glah tlg jolokkn,
Sya budak baru bljar,
Kalau slh tlg tunjukkn,...
Hehehe,...bukan apa,...saya jer tau nak bgitau kat korang yg sya ni masih baru lagi nak buat blog ni,...Dulu,prnah ler trfkir nak buat,tapi,...Ntah,...Malas kut,...Yalah,...Tak tau nak ckap apa kat blog ni,...Skrang ni,buat jugak,...Sebabnya,....Ntah,...Saja,....Ekh,kalau korang ada apa2 cdngan ke,komen ke,bgitau lah yer!!Okaylah,...Babai,...
Assalamualaikum,...