Khamis, 31 Mac 2011

_Malumu Berharga_


SIKAP MENJAGA DIRI DAN MALU AKAN MENAMBAH KECANTIKAN ORANG YANG SUDAH CANTIK


Manakala hati ini menjadi keras
dan semua jalanku terasa sempit
kujadikan harapanku kepada keampunanMU
sebagai tangga keselamatan

Apakah engkau pernah mendengar berita Ummu Salamah R.A. isteri Rasulullah S.A.W. saat dia mendengar suaminya bersabda yang bermaksud :

"Barangsiapa yang menyeret kainnya dengan sombong,
maka Allah S.W.T. tidak akan memandangnya pada hari kiamat kelak."

Ummu Salamah bertanya,"Bagaimana para wanita harus berbuat pada hujung kainnya?"Rasulullah S.A.W. menjawab:

"Hendaklah mereka menjulurkannya sejengkal"

Ummu Salamah bertanya lagi,"Bagaimana jika terlihat mata kakinya?"Rasulullah S.A.W. menjawab:

"Maka hendaklah mereka menjulurkannya sehasta dan tidak boleh lebih."

Demi Allah,betapa mulianya akhlakmu wahai Ummul Mukminin!Dia bukan termasuk wanita yang sombong dan takbur.Wanita kaum muslimin memang selayaknya bersikap malu,menjaga diri,suci,terhormat dan jangan sampai ternampak kaki mereka.Hujung baju mereka dipanjangkan sedikit agar tidak terlihat dari belakang,sehingga lelaki tidak dapat melihat aurat mereka.

     Adapun wanita sekarang( kecuali yang dirahmati ALLAH S.W.T. ) mereka menaikkan pakaian mereka setinggi mungkin kerana takut terkena basah atau lumpur.Bahkan,bila perlu mereka tergamak menanggalkannya kerana mengikuti cara berpakaian wanita-wanita k#f#r yang mempamerkan tubuhnya.Mereka memiliki seribu satu alasan untuk berpakaian separuh bogel.Benar-benar tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH S.W.T.Adapun kaum yang tidak mempunyai rasa cemburu sama sekali,kecuali yang tinggal hanya namanya sebagai lelaki.Kaum lelaki berjalan di samping mereka yang berpakaian menjolok mata itu tanpa mempedulikannya.Sesungguhnya rasa malu itu telah hilang dalam diri sebahagian besar umat Islam.

Tidak,demi ALLAH,tiada kebaikan bagi hidup ini,
dan tiada pula bagi dunia ini,
apabila rasa malu telah hilang darinya.









Khamis, 24 Mac 2011

BARANGKALI ALLAH MENGADAKAN SESUDAH ITU SESUATU PERKARA YANG BARU

LIHATLAH AKAN HATI YANG TERLUKA DAN AIRMATA YANG MAMBASAHI PIPI...

Tidakkah engkau melihat malam ini,
Bila telah sempurna kegelapannya,
Pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya...

Seorang penyair berkata:
Bila anda mengetahui bahawa anda sesungguhnya telah bersumpah demi waktu bahawa anda akn mendapatkan segala yang anda inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui.Lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apapun yang anda sukai,maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai.

Jika anda mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian,pemberian dan pensegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui dan bahawahari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang telah diberikannya,melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam,baik bagi yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah sederhana,baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya,maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah airmata anda.Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman dan musibah atas diri anda bukanlah yang pertama terjadi dan dirakam dalam daftar musibah dan penderitaan.ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu..."(Surah Al-Baqarah:Ayat 214)

*khas buat rakan-rakan yang kecewa dan besedih dalam apa jua perkara...
jangan menangis,...:))

Sabtu, 12 Mac 2011

Sepuluh Mawar Buat Wanita

Mawar pertama_
Ingatlah bahawa sesungguhnya ALLAH S.W.T. Maha Mengampuni orang yang beristigfar,Maha Pemberi taubat atas sesiapa sahaja yang bertaubat dan menerima orang kembali kepadaNYA.

Mawar kedua_
Kasihanilah orang yang lemah,nescaya anda akan bahagia.Berilah orang yang memerlukan pertolongan,nescaya anda akan merasa puas.Rendamlah emosi anda,nescaya anda akan selamat.

Mawar ketiga_
Optimislah kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T. bersamamu,para Malaikat memohon ampunan untukmu dan syurga menunggumu.

Mawar keempat_
Hapuslah airmatamu dengan berprasangka baik kepadaNYA..Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat ALLAH S.W.T. kepadamu.

Mawar kelima_
Jangan anda mengira bahawa dunia ini diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap,kerana pada hakikatnya tiada seorangpun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dengan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar keenam_
Jadilah seperti pohon kurma,tinggi cita-citanya,kebal dari penyakit,apabila dilempar batu,ia membalas dengan buah kurmanya...

Mawar ketujuh_
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kesenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan.Maka dari itu,mengapa kau harus merasa bersedih dan gelisah?

Mawar kelapan_
Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah,tetapi tunggulah kedatangan keamanan dan,kedamaian dan kesihatan,InsyaALLAH...

Mawar kesembilan_
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu...

Mawar kesepuluh_
Mandi,berwuduk dan memakai wangian merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan...

Ubat_Jiwa_Yang_Luka

Assalamualaikum,...
Hadir sekali lagi mengisi blog ini,...
Perlu ke buat sesuatu yang dirasakan tak perlu?Byk org yg ckap xperlu buat sbb dah tahu tak perlu,jgnlah buat.Tapi,...Apa kata kalau kita buat solat istikhrah...Sbnarnya,kdg2 ada prkara yg kita benci tapi hadir menghiasi diri dan perkara yg disayangi pergi menjauhi diri.Mengapa?Semuanya kehendak Allah S.W.T. kan?DIA  berkehandak melakukan sesuatu mengikut kemahuannNYA.. Jadi,kita sbg hambaNYA tak patut membenci apa yg d beri tapi brusahalah utk bersyukur dgn apa yg dimiliki.

Manusia ni kebanyakannya tidak bersyukur dgn apa yg dimiliki sdgkan apa yg dimiliki itulah yg terbaik,...Kalau sesuatu yg kita benci dtg menyinari hidup,tak usah lari darinya tapi berusahalah utk redha...Sbb ada hikmah d sebaliknya.Mesti byk yg sudah lali mndengar ayat itu kan??Tapi,itulah yg sbnarnya...Ada hikmah d sebalik keperitan dan kesedihan yg kita lalui...

Kalau kita trpaksa berpisah dgn org yg kita syg,kita mesti redha,...Apatah lagi kalau ditakdirkan org itu sudah d miliki oleh insan lain yg jauh lebih baik drpd kita...Redhalah dgn apa yg berlaku..Dan bermohonlah kdp ALLAH S.W.T. agar DIA  menggantikannya dgn yg lbih baik wlaupun tidak sempurna sbb xda yg smpurna kn???

Sbnarnya,sya mencoret kata2 merapu ni nak sedapkan hati sendiri,..Entahlah,...Errmm,...Okaylah,..Rasanya stakat itu saja dulu ya..Nanti,kalau ada kelapangan saya akan mencoret dgn lebih panjang lagi,...

*Pabila hati gundah,
Basahkan dirimu dgn berwudhuk,
Pabila hati resah,
Sejukkan jiwamu dgn bersujud,
Pabila hati walang,
Tenangkan ragamu dgn kalimah ALLAH S.W.T...
InsyaALLAH,DIA MAHA MENDENGAR,...

Chaiyok2!!Aza2 Huaitin!!
Wassalam...