Rabu, 1 Ogos 2012

30 Wasiat Imam Syafiee :))



Sekadar ingin berkongsi pembacaan melalui buku ini... Hee... 30 wasiat Imam Sfafie:

1. Belajar dan mengajarkan ilmu-
     
 "Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh."

2. Memilih makanan yang halal-

     "Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun."

3. Memperbanyakkan lima perkara-

     "1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
      2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia."
    
4. Sabar degan musibah, Syukur dengan nikmat-

"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibah, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang dari Allah. Oleh itu, syukurilah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur."

5. Menziarahi orang sakit-

"Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan langkah untuk menxiarahinya kerana oia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah?"

6. Hindari perasaan marah-

"Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."

7. Mengasihani anak yatim-

"Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah s.a.w. juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda menyayangi dan mengasihani anak yatim di akhirat"

8. Berbakti kepada ibu bapa-

"Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu."

9. Amal soleh sebagai perisai-

"Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pedinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis."

10. Taqwa membuahkan insan berjaya dan cemerlang-

"Taqwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan."

Bersambung...