Jumaat, 4 Mei 2012






15 Ciri Wanita Syurga
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Jumaat, 10 Februari 2012

MISTERI JODOH


Kita perlu mengakui bahawa jodoh adalah ketentuan dari Allah S.W.T. yang diselimuti kabus misteri.Biarpun penuh misteri , namun kita dibenarkan berbincang mengenainya. Memandangkan jodoh itu rahsia sifatnya , saya ingin berbicara menganai tiga perkara penting mengenai jodoh :



Pertama, Allah S.W.T. yang merahsiakan jodoh

          Kita perlu yakin sepenuhnya bahawa Allah yang mengatur segalanya yang berada di muka bumi ini tidak kira yang tersembunyi atau yang zahir pada pandangan mata kita termasuklah perkara jodoh. Tidak mungkin kita akan melansungkan perkahwinan tanpa adanya izin dan kehendak daripada-Nya. Sememangnya Allah merahsiakan siapa jodoh kita dan Dia Maha Mengetahui siapa orangnya. Kepada yang belum berumah tangga dan yang belum tahu siapa jodohnya , usah ragu dan bimbag , bertanya teruslah kepada Allah S.W.T. kerana Dia akan menjawab semua persoalan hamba-hamba-Nya.

          Bagaimanakah cara untuk kita bertanya kepada-Nya? Dirikanlah solat istikharah dan minta petunjuk daripada-Nya. Sekiranya kalian bertanya akan tukang tilik atau bomoh , kembalilah dan sedarlah bahawa mereka jua seperti kita yang tidak tahu apa-apa mengenai jodoh mereka sendiri mahupun orang lain.

          Apa yang aka terjadi sekiranya kalian bertemu bomoh dan bertanyakan jodoh kalian?Izinka saya bercerita sedikit :

"Kisahnya , seorang pemuda yang ingin bernikah telah berjumpa dengan seorang bomoh yang tinggal tidak jauh dari kawasan kediamannya. Beliau mahu bomoh itu memberitahunya perihal jodohnya. Seminggu kemudian , bomoh itu meminta pemuda itu berkahwin dengan seorang perempua desa. Pemuda itu dengan yakinnya melamar perempuan desa yang dimaksudkan oleh bomoh tersebut. Apa kesudahannya?

          Selepas bernikah , barulah pemuda itu tahu bahawa peerempuan desa itu sedag mengandung selama tiga bulan. Seleps diselidik , rupa-rupanya perempuan itu pernah menemui bomoh yang sama dengan tujuan untuk mencari pak sanggup kepada bayi dalam kandungannya bagi menutup aib. Jelas , dia mahu mencari lelaki yang dapat menutup aibnya itu melalui cara yang aib dengan bantuan bomoh yang aib juga."

          Apa yang dapat kita pelajari ialah tiada manfaatnya kita berjumpa bomoh semata-mata untuk mengetahui siapa jodoh kita kerana mereka juga tidak berpengetahuan perihal jodoh seperti kita.

          Apabila ada lebih dari seorang calon jodoh , maka kembalilah kepada Allah sekali lagi untuk memilih jodoh yang terbaik untuk kita.Usah meminta-minta supaya dijodohkan dengan calon A ataupun calon B kerana Allah lebih Mengetahui siapa jodoh terbaik kita.






Kedua , jodoh yang dirahsiakan

          Jodoh yang layak dinikahi sudah pasti kaum lelaki dan kaum perempuan. Siapa orangnya , itu adalah rahsia Allah. Oleh sebab itu, usah kita berlagak seolah-olah kita mengetahui siapa jodoh kita. Maksudnya, apabila seseorang menerima cinta kita, usah kita berpura-pura tahu bahawa itu adlah jodoh kita sedangkan tidak terbukti dan tiada kesahihan mengatakan bahawa orang itu adalah jodoh kita.

          Kita perlu akui bahawa orang yang bercinta itu sebenarnya tidak jujur.Mengapa? Kerana mereka hanya menunjukkan yang baik-baik sahaja di hadapan kekasih mereka. Sebenarnya sikap sebenar mereka adalah apabila kekasih hati jauh di mata.

          Oleh sebab itu, percintaan bukan saluran bagi mengenal jodoh. Ketika berkasih , muncul pelbagai perangai dan tabiat yang palsu. Kesimpulannya ,usah menjadi orang yang lebih tahi daripada Allah. Lebih-lebih lagi apabila kita yakin kekasih kita adalah jodoh kita.



Ketiga, hikmah rahsia jodoh

          Cuba kita bayangkan seandainya jodoh tidak dirahsiakan oleh Allah kepada kita.Sudah pasti banyak perkara mungkar yang akan berlaku. Seandainya kita sudah tahu kita akan menikahinya , apa yang akan terjadi? Bercinta? Berzina ? Kalian sendiri dapat menekanya, bukan?

          Marilah kita bersyukur,'Alhamdulillah' kerana Allah merahsiakan siapa jodoh kita. Hasilnya , kesucian jodoh itu terpelihara hingga ke alam pernikahan. Jelas , misteri jodoh ini tersangatlah banyak manfaatnya kerana menerusi rahsia jodoh , kita dapatlah beramal ibadah kepda Allah sebanyak mungkin iaitu menerusi solat Istikharah. 

          Ya, jodoh tetap akan menjadi rahsia Allah yang tidak terungkap sebelum sampai waktunya. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup mereka-reka jodoh yang sesuia dengan kemahuan sendiri.Ramai yang bercinta dengan alasan sedang mencari jodoh. Tidak sedikt juga yang mengatakan"Kalau ada jodoh tidak ke mana." Ada juga yang tekun beribadah dan berdoa supaya dikurniakan jodoh. Ibu dan ayah pula sama-sama pening memikirkan jodoh anak-anak. Oleh sebab takut anak tidak laku, mereka mencarikan jodoh dalam kalangan keluarga sendiri sahaja.

Sekian,(",)

                                  Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita :


Doa Pendekat Jodoh :










Rabu, 16 November 2011

S.A.L.A.H.K.A.H B.E.R.C.I.N.T.A.?.?.?


REMAJA selalu bertanya apakah salah bercinta? Tidak,bercinta adalah tidak salah kerana ia adalah satu fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin menyinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah, masakn Tuhan mengurniakan rasa cinta . Allah Maha Mengetahui , Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.

          Namun, Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru, Dia juga telah mencipta peraturan demu menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia, khususnya para remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan yang selalu berlaku ialah sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya 'cinta terlarang' -yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah.

          Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak  tabi'e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi, janganlah kita hanya mengakui cinta itu datang dari Allah , tetapi akuilah juga adanya peraturan cinta yang juga datang dari Allah S.W.T.

         Mengenai peraturan bercinta,akan dikupas pada episod selanjutnya,....

                                                      To be continue...

Selasa, 11 Oktober 2011

. . . D E B A T E . . . N . . . S T R E S S . . .





Assalamualaikum,...

   Najwa now at UiTM because I'm joining debate.. Actually,I don't know how to debate but I just trying my best.. Next week I will go To Sabah to join Jesselton Debate Open ( JDO ) but I really don't know how to being a good debater actually,...Please,..help me,..
 
     I want to learn to speak in front of people and I want to learn how to debate confidently but from whom?? Now,teach me how to speak in English not just writing.. Abang Faris Azri,HELP ME!! Haha,maybe you will laugh at me because last time you had asked me to speaking with you but I refuse to.. Haha,how dumb I am..

     Terence,Paul,Abg B.J,Abg Faris,Abg Rahim,Ah Chong....   HELP ME laaaa,.... !!!!

Rabu, 20 April 2011

Jangan Carik Hati Anda Dengan Kedua-dua Tangan Anda Sendiri



Wahai masa,
Jika engkau masih
mempunyai sisa bencana
untuk menghinakan orang yang mulia
maka datanglah ia.

     Jauhilah apa yang dapat membunuh waktu anda,seperti mambaca majalah-majalah hiburandan gambar-gambar lucah,buku-buku berisi propaganda kekufuran,kisah-kisah yang merendahkan moral,atau mengikuti pemikiran-pemikiran yang menyimpang.Manfaatkanlah waktu-waktu anda dengan membaca majalah-majalah Islam,nuku-nuku bermanfaat,buletin-buletin yang membangunkan akhlak,makalah -makalah kajian yang berguna bagi anda di dunia dan akhirat.

     Sesungguhnya,ada sejumlah buku dan artikel yang dapat menciptakan keraguan dalam hati dan penyimpangan.Semua itu merupakan pengaruh budaya sesat lagi menyimpang dari dunia non-muslim yang melanda pada kita akhir-akhir ini sedang rancaknya melanda sebahagian  besar negeri-negeri Islam.

     Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah S.W.T di sisiNYAlah terdapat kunci perbendaharaan yang ajaib dan hanya DIAlah yang dapat melenyapkan kesusahan dan kesulitan.Oleh itu,mohonlah kepadaNya  dengan permintaan yang medesak dan bacalah selalu doa berikut berulang-ulang kali:

Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan.Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan.Aku berlindung dari Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut.Aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan tertindas orang lain.(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

     Bila anda sering mengulang-ulang hadis ini dan merenungkan maknanya,Allah akan melapangkan dadamu dari resah,gelisah dan derita.InsyaAllah.

Ahad, 10 April 2011

Jalan Menuju ALLAH S.W.T. Merupakan Sebaik-baik Jalan

Adakalanya jiwa ini mengeluh
kerana musibah yang menimpanya
padahal ada jalan keluar semudah membuka ikatan...

     Apakah kebahagiaan itu?Apakah kebahagiaan itu berada dalam harta benda?Atau dalam kedudukan dan martabat?Jawapan pasti bermacam-macam.Akan tetapi,marilah kita perhatikan kebahagiaan yang dialami oleh seorang wanita yang disebutkan dalam kisah berikut:

     Seorang suami yang sedang bertengkar denga  isterinya,lalu ia berkata,:Sesungguhnya aku akan mencelakakan kamu!"Lalu si isteri berkata denga  tenang,"Engkau tidak akan mampu."Suaminya berkata,"Mengapa tidak?!"Isteri menjawab lagi,"Jika kebahagiaan berada dalam harta,maka engkau dapat mencegahnya dariku.Jika kebahagiaan berada dalam perhiasan,maka engkau dapat menahannya agar sampai kepadaku.Kebahagiaan itu bukan pada apapun yang engkau miliki,atau yang dimiliki oleh manusia lainnya.Sesungguhnya aku menemukan kebahagiaan dalam imanku,imanku ada di dalam hatiku dan hatiku tidak dapat dikuasai oleh seorangpun,melainkan oleh TUHANKU."

     Inilah yang disebut kebahagiaan yang sesungguhnya iaitu kebahagiaan iman.Tiada yang dapat merasakan kebahagiaan ini,kecuali hanya orang yang kalbunya telah dikuasai oleh CINTA KEPADA ALLAH S.W.T. hingga masuk ke bahagian yang paling dalam dan begitu pula jiwa dan fikirannya.Pada hakikatnya yang memiliki kebahagiaan adalahTUHAN YANG MAHA ESA.Oleh itu,carilah kebahagiaan dengan taat kepadaNYA.

     Sesungguhnya jalan satu-satunya untuk mencapai kebahagiaan adalah dengan mengenal agama yang benar,iaitu yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..Barngsiapa yang telah mengenal jalan ini,maka tidak menjadi masalah baginya jika harus tidur di pondok dengan debu sebagai bantalnya,atau sepotong roti sebagai bekalannya,demi menjadi orang paling berbahagia di dunia.

      Adapun mereka yang menyimpang dari jalan ini,maka hari-harinya akan dihiasi kesedihan,hartanya akan menkadi beban,amal perbuatannya akan merugikannya dan kesudahannya ia beroleh kesedihan dan kehinaan.

Khamis, 31 Mac 2011

_Malumu Berharga_


SIKAP MENJAGA DIRI DAN MALU AKAN MENAMBAH KECANTIKAN ORANG YANG SUDAH CANTIK


Manakala hati ini menjadi keras
dan semua jalanku terasa sempit
kujadikan harapanku kepada keampunanMU
sebagai tangga keselamatan

Apakah engkau pernah mendengar berita Ummu Salamah R.A. isteri Rasulullah S.A.W. saat dia mendengar suaminya bersabda yang bermaksud :

"Barangsiapa yang menyeret kainnya dengan sombong,
maka Allah S.W.T. tidak akan memandangnya pada hari kiamat kelak."

Ummu Salamah bertanya,"Bagaimana para wanita harus berbuat pada hujung kainnya?"Rasulullah S.A.W. menjawab:

"Hendaklah mereka menjulurkannya sejengkal"

Ummu Salamah bertanya lagi,"Bagaimana jika terlihat mata kakinya?"Rasulullah S.A.W. menjawab:

"Maka hendaklah mereka menjulurkannya sehasta dan tidak boleh lebih."

Demi Allah,betapa mulianya akhlakmu wahai Ummul Mukminin!Dia bukan termasuk wanita yang sombong dan takbur.Wanita kaum muslimin memang selayaknya bersikap malu,menjaga diri,suci,terhormat dan jangan sampai ternampak kaki mereka.Hujung baju mereka dipanjangkan sedikit agar tidak terlihat dari belakang,sehingga lelaki tidak dapat melihat aurat mereka.

     Adapun wanita sekarang( kecuali yang dirahmati ALLAH S.W.T. ) mereka menaikkan pakaian mereka setinggi mungkin kerana takut terkena basah atau lumpur.Bahkan,bila perlu mereka tergamak menanggalkannya kerana mengikuti cara berpakaian wanita-wanita k#f#r yang mempamerkan tubuhnya.Mereka memiliki seribu satu alasan untuk berpakaian separuh bogel.Benar-benar tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH S.W.T.Adapun kaum yang tidak mempunyai rasa cemburu sama sekali,kecuali yang tinggal hanya namanya sebagai lelaki.Kaum lelaki berjalan di samping mereka yang berpakaian menjolok mata itu tanpa mempedulikannya.Sesungguhnya rasa malu itu telah hilang dalam diri sebahagian besar umat Islam.

Tidak,demi ALLAH,tiada kebaikan bagi hidup ini,
dan tiada pula bagi dunia ini,
apabila rasa malu telah hilang darinya.