Jumaat, 10 Februari 2012

MISTERI JODOH


Kita perlu mengakui bahawa jodoh adalah ketentuan dari Allah S.W.T. yang diselimuti kabus misteri.Biarpun penuh misteri , namun kita dibenarkan berbincang mengenainya. Memandangkan jodoh itu rahsia sifatnya , saya ingin berbicara menganai tiga perkara penting mengenai jodoh :



Pertama, Allah S.W.T. yang merahsiakan jodoh

          Kita perlu yakin sepenuhnya bahawa Allah yang mengatur segalanya yang berada di muka bumi ini tidak kira yang tersembunyi atau yang zahir pada pandangan mata kita termasuklah perkara jodoh. Tidak mungkin kita akan melansungkan perkahwinan tanpa adanya izin dan kehendak daripada-Nya. Sememangnya Allah merahsiakan siapa jodoh kita dan Dia Maha Mengetahui siapa orangnya. Kepada yang belum berumah tangga dan yang belum tahu siapa jodohnya , usah ragu dan bimbag , bertanya teruslah kepada Allah S.W.T. kerana Dia akan menjawab semua persoalan hamba-hamba-Nya.

          Bagaimanakah cara untuk kita bertanya kepada-Nya? Dirikanlah solat istikharah dan minta petunjuk daripada-Nya. Sekiranya kalian bertanya akan tukang tilik atau bomoh , kembalilah dan sedarlah bahawa mereka jua seperti kita yang tidak tahu apa-apa mengenai jodoh mereka sendiri mahupun orang lain.

          Apa yang aka terjadi sekiranya kalian bertemu bomoh dan bertanyakan jodoh kalian?Izinka saya bercerita sedikit :

"Kisahnya , seorang pemuda yang ingin bernikah telah berjumpa dengan seorang bomoh yang tinggal tidak jauh dari kawasan kediamannya. Beliau mahu bomoh itu memberitahunya perihal jodohnya. Seminggu kemudian , bomoh itu meminta pemuda itu berkahwin dengan seorang perempua desa. Pemuda itu dengan yakinnya melamar perempuan desa yang dimaksudkan oleh bomoh tersebut. Apa kesudahannya?

          Selepas bernikah , barulah pemuda itu tahu bahawa peerempuan desa itu sedag mengandung selama tiga bulan. Seleps diselidik , rupa-rupanya perempuan itu pernah menemui bomoh yang sama dengan tujuan untuk mencari pak sanggup kepada bayi dalam kandungannya bagi menutup aib. Jelas , dia mahu mencari lelaki yang dapat menutup aibnya itu melalui cara yang aib dengan bantuan bomoh yang aib juga."

          Apa yang dapat kita pelajari ialah tiada manfaatnya kita berjumpa bomoh semata-mata untuk mengetahui siapa jodoh kita kerana mereka juga tidak berpengetahuan perihal jodoh seperti kita.

          Apabila ada lebih dari seorang calon jodoh , maka kembalilah kepada Allah sekali lagi untuk memilih jodoh yang terbaik untuk kita.Usah meminta-minta supaya dijodohkan dengan calon A ataupun calon B kerana Allah lebih Mengetahui siapa jodoh terbaik kita.






Kedua , jodoh yang dirahsiakan

          Jodoh yang layak dinikahi sudah pasti kaum lelaki dan kaum perempuan. Siapa orangnya , itu adalah rahsia Allah. Oleh sebab itu, usah kita berlagak seolah-olah kita mengetahui siapa jodoh kita. Maksudnya, apabila seseorang menerima cinta kita, usah kita berpura-pura tahu bahawa itu adlah jodoh kita sedangkan tidak terbukti dan tiada kesahihan mengatakan bahawa orang itu adalah jodoh kita.

          Kita perlu akui bahawa orang yang bercinta itu sebenarnya tidak jujur.Mengapa? Kerana mereka hanya menunjukkan yang baik-baik sahaja di hadapan kekasih mereka. Sebenarnya sikap sebenar mereka adalah apabila kekasih hati jauh di mata.

          Oleh sebab itu, percintaan bukan saluran bagi mengenal jodoh. Ketika berkasih , muncul pelbagai perangai dan tabiat yang palsu. Kesimpulannya ,usah menjadi orang yang lebih tahi daripada Allah. Lebih-lebih lagi apabila kita yakin kekasih kita adalah jodoh kita.



Ketiga, hikmah rahsia jodoh

          Cuba kita bayangkan seandainya jodoh tidak dirahsiakan oleh Allah kepada kita.Sudah pasti banyak perkara mungkar yang akan berlaku. Seandainya kita sudah tahu kita akan menikahinya , apa yang akan terjadi? Bercinta? Berzina ? Kalian sendiri dapat menekanya, bukan?

          Marilah kita bersyukur,'Alhamdulillah' kerana Allah merahsiakan siapa jodoh kita. Hasilnya , kesucian jodoh itu terpelihara hingga ke alam pernikahan. Jelas , misteri jodoh ini tersangatlah banyak manfaatnya kerana menerusi rahsia jodoh , kita dapatlah beramal ibadah kepda Allah sebanyak mungkin iaitu menerusi solat Istikharah. 

          Ya, jodoh tetap akan menjadi rahsia Allah yang tidak terungkap sebelum sampai waktunya. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup mereka-reka jodoh yang sesuia dengan kemahuan sendiri.Ramai yang bercinta dengan alasan sedang mencari jodoh. Tidak sedikt juga yang mengatakan"Kalau ada jodoh tidak ke mana." Ada juga yang tekun beribadah dan berdoa supaya dikurniakan jodoh. Ibu dan ayah pula sama-sama pening memikirkan jodoh anak-anak. Oleh sebab takut anak tidak laku, mereka mencarikan jodoh dalam kalangan keluarga sendiri sahaja.

Sekian,(",)

                                  Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita :


Doa Pendekat Jodoh :










Tiada ulasan:

Catat Ulasan