Rabu, 16 November 2011

S.A.L.A.H.K.A.H B.E.R.C.I.N.T.A.?.?.?


REMAJA selalu bertanya apakah salah bercinta? Tidak,bercinta adalah tidak salah kerana ia adalah satu fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin menyinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah, masakn Tuhan mengurniakan rasa cinta . Allah Maha Mengetahui , Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.

          Namun, Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru, Dia juga telah mencipta peraturan demu menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia, khususnya para remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan yang selalu berlaku ialah sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya 'cinta terlarang' -yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah.

          Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak  tabi'e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi, janganlah kita hanya mengakui cinta itu datang dari Allah , tetapi akuilah juga adanya peraturan cinta yang juga datang dari Allah S.W.T.

         Mengenai peraturan bercinta,akan dikupas pada episod selanjutnya,....

                                                      To be continue...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan