Khamis, 24 Mac 2011

BARANGKALI ALLAH MENGADAKAN SESUDAH ITU SESUATU PERKARA YANG BARU

LIHATLAH AKAN HATI YANG TERLUKA DAN AIRMATA YANG MAMBASAHI PIPI...

Tidakkah engkau melihat malam ini,
Bila telah sempurna kegelapannya,
Pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya...

Seorang penyair berkata:
Bila anda mengetahui bahawa anda sesungguhnya telah bersumpah demi waktu bahawa anda akn mendapatkan segala yang anda inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui.Lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apapun yang anda sukai,maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai.

Jika anda mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian,pemberian dan pensegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui dan bahawahari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang telah diberikannya,melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam,baik bagi yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah sederhana,baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya,maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah airmata anda.Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman dan musibah atas diri anda bukanlah yang pertama terjadi dan dirakam dalam daftar musibah dan penderitaan.ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu..."(Surah Al-Baqarah:Ayat 214)

*khas buat rakan-rakan yang kecewa dan besedih dalam apa jua perkara...
jangan menangis,...:))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan