Sabtu, 12 Mac 2011

Sepuluh Mawar Buat Wanita

Mawar pertama_
Ingatlah bahawa sesungguhnya ALLAH S.W.T. Maha Mengampuni orang yang beristigfar,Maha Pemberi taubat atas sesiapa sahaja yang bertaubat dan menerima orang kembali kepadaNYA.

Mawar kedua_
Kasihanilah orang yang lemah,nescaya anda akan bahagia.Berilah orang yang memerlukan pertolongan,nescaya anda akan merasa puas.Rendamlah emosi anda,nescaya anda akan selamat.

Mawar ketiga_
Optimislah kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T. bersamamu,para Malaikat memohon ampunan untukmu dan syurga menunggumu.

Mawar keempat_
Hapuslah airmatamu dengan berprasangka baik kepadaNYA..Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat ALLAH S.W.T. kepadamu.

Mawar kelima_
Jangan anda mengira bahawa dunia ini diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap,kerana pada hakikatnya tiada seorangpun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dengan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar keenam_
Jadilah seperti pohon kurma,tinggi cita-citanya,kebal dari penyakit,apabila dilempar batu,ia membalas dengan buah kurmanya...

Mawar ketujuh_
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kesenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan.Maka dari itu,mengapa kau harus merasa bersedih dan gelisah?

Mawar kelapan_
Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah,tetapi tunggulah kedatangan keamanan dan,kedamaian dan kesihatan,InsyaALLAH...

Mawar kesembilan_
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu...

Mawar kesepuluh_
Mandi,berwuduk dan memakai wangian merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan