Khamis, 31 Mac 2011

_Malumu Berharga_


SIKAP MENJAGA DIRI DAN MALU AKAN MENAMBAH KECANTIKAN ORANG YANG SUDAH CANTIK


Manakala hati ini menjadi keras
dan semua jalanku terasa sempit
kujadikan harapanku kepada keampunanMU
sebagai tangga keselamatan

Apakah engkau pernah mendengar berita Ummu Salamah R.A. isteri Rasulullah S.A.W. saat dia mendengar suaminya bersabda yang bermaksud :

"Barangsiapa yang menyeret kainnya dengan sombong,
maka Allah S.W.T. tidak akan memandangnya pada hari kiamat kelak."

Ummu Salamah bertanya,"Bagaimana para wanita harus berbuat pada hujung kainnya?"Rasulullah S.A.W. menjawab:

"Hendaklah mereka menjulurkannya sejengkal"

Ummu Salamah bertanya lagi,"Bagaimana jika terlihat mata kakinya?"Rasulullah S.A.W. menjawab:

"Maka hendaklah mereka menjulurkannya sehasta dan tidak boleh lebih."

Demi Allah,betapa mulianya akhlakmu wahai Ummul Mukminin!Dia bukan termasuk wanita yang sombong dan takbur.Wanita kaum muslimin memang selayaknya bersikap malu,menjaga diri,suci,terhormat dan jangan sampai ternampak kaki mereka.Hujung baju mereka dipanjangkan sedikit agar tidak terlihat dari belakang,sehingga lelaki tidak dapat melihat aurat mereka.

     Adapun wanita sekarang( kecuali yang dirahmati ALLAH S.W.T. ) mereka menaikkan pakaian mereka setinggi mungkin kerana takut terkena basah atau lumpur.Bahkan,bila perlu mereka tergamak menanggalkannya kerana mengikuti cara berpakaian wanita-wanita k#f#r yang mempamerkan tubuhnya.Mereka memiliki seribu satu alasan untuk berpakaian separuh bogel.Benar-benar tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH S.W.T.Adapun kaum yang tidak mempunyai rasa cemburu sama sekali,kecuali yang tinggal hanya namanya sebagai lelaki.Kaum lelaki berjalan di samping mereka yang berpakaian menjolok mata itu tanpa mempedulikannya.Sesungguhnya rasa malu itu telah hilang dalam diri sebahagian besar umat Islam.

Tidak,demi ALLAH,tiada kebaikan bagi hidup ini,
dan tiada pula bagi dunia ini,
apabila rasa malu telah hilang darinya.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan